Elok kita melihat beberapa isu berkaitan kahwin muda.
Banyak pasangan menangguhkan perkahwinan kerana masalah kewangan. Masalah ini dapat diatasi jika majlis perkahwinan diadakan secara sederhana.
Soal kewangan selepas kahwin, berusahalah. Insya-Allah ada rezeki yang datang kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
Keinginan untuk berkahwin perlu diteruskan kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin kerana-Nya pasti akan dipermudah segala urusan berkaitan dengannya.
Apa yang penting pasangan ingin berkahwin perlu niatkan demi memenuhi tuntutan agama agar terhindar maksiat.
Bagi yang masih belajar (pasangan di pusat pengajian tinggi), elok berkahwin selepas tamat belajar. Pun jika ada cadangan berkahwin semasa belajar, jika itu difikirkan lebih baik, tidak salah jika berkahwin semasa belajar. Banyak yang berjaya dan lebih berjaya selepas berkahwin.
Bahkan banyak yang menyambung belajar selepas berkahwin. Mereka yang mencintai
ilmu tidak akan berhenti mencarinya. Belajar proses yang berterusan. Hatta
sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
Berusahalah mencari kerja bukan saja untuk kerperluan diri sendiri, tetapi juga persiapan untuk mendirikan rumah tangga.
Tidak semestinya bergaji besar baru boleh berkahwin. Orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah selepas berkahwin.
Selepas berkahwin, insya-Allah akan mendapat zuriat yang menjadi penyeri rumah tangga dan pengikat kasih sayang. Usia muda tidak menghalang untuk menjadi ibu bapa yang baik. Apa yang penting berusaha mempelajari ibu keibu bapaan.
Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
Dengan berkahwin, akan menjadikan seseorang lebih bersemangat dan bertanggungjawab kerana ada pasangan yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi diri.
Kadang-kadang yang sudah berusia pun tidak matang.
Kematangan banyak bergantung kepada cara berfikir dan pembinaan keyakinan diri serta rasa ketanggungjawaban.
Alam dewasa tidak ditentukan oleh usia, tetapi kematangan berfikir dan kesediaan melaksanakan tanggungjawab yang biasa dilakukan oleh orang dewasa. Antara maksud dewasa ialah telah berumahtangga.
No comments:
Post a Comment