Halia bara kaya dengan khasiat perubatan.
Kebaikan khasiat halia bara dimanfaatkan dalam amalan tradisional Melayu.
Selain dipanggil halia bara, nama lain dikenali halia merah, halia
udang atau halia emprit.
Halia bara sama seperti halia biasa iaitu
mempunyai batang yang tegak dengan rizom tersebar secara mendatar. Besar atau
kecil saiz rizom bergantung pada jenis halia. Beza antara halia bara dengan
halia biasa ialah saiz pokoknya lebih kecil, rizom agak kemerahan, bau lebih
kuat, daun berbentuk linear tersusun secara berselang, licin dan berwarna hijau
cerah ke hijau gelap.
Kaedah penanaman halia bara biasanya
daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunya mata tunas. Ia boleh
ditanam atas batas, pasu atau beg poli.
Tanaman ini tidak mempunyai masalah kepada
serangan serangga perosak. Jadi, ia sangat sesuai digunakan bersama baja
organik kerana ia mudah untuk tumbuh dengan subur.
Rizom halia bara banyak digunakan dalam
rawatan tradisional berbanding bahagian lain. Ia sering digunakan dalam
rawatan untuk meredakan bengkak kaki, membuang angin dalam badan, mengawal
tekanan darah tinggi dan melegakan lenguh badan.
Antara khasiat halia bara ialah mengubati
penyakit kulit seperti panau dan kurap. Halia bara juga mampu menghilangkan
kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-sengal otot
serta sendi urat saraf.
Halia bara berkesan menghilangkan batuk,
meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit
gout dan juga merawat penyakit resdung. Jika diamalkan selalu, halia bara
mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Khasiat halia bara juga memberi kebaikan
untuk melembutkan perut serta membantu di dalam proses penghadaman
makanan. Minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh
setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'.
Ringkasan khasiat halia bara adalah seperti
berikut:
- Melembutkan perut
- Membantu penghadaman makanan
- Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
- Merawat kesan gatal gigitan serangga
- Melegakan demam
- Merawat resdung
- Mengurangkan sengal-sengal sendi
- Tenaga batin
- Rawatan selepas bersalin
- Menghangatkan badan.
- Menghilangkan tompok panau atau kurap.
No comments:
Post a Comment