Thursday 19 January 2023

PEROKOK TIDAK HORMATI ORANG DI SEKELILING

 
Merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan, tetapi juga turut melibat masalah lain. Sikap perokok yang tidak menghormati sensitiviti orang sekeliling memang teruk. Tambah lagi perbuatan itu dilakukan di tempat orang ramai dan kawasan tertutup.

Satu lagi yang ketara ialah di kalangan pelajar dan belia yang merokok menonjolkan sikap ego dan tidak menghomati orang lain. Mereka bebas dan seperti tidak merasakan perbuatan itu salah.

Satu lagi masalah ialah perbuatan merokok di kalangan pelajar dan remaja ialah mendekatkan mereka kepada perbuatan menghisap dadah, ponteng sekolah, lepak, pergaulan bebas lelaki perempuan dan pelbagai perbuatan salah lain.
 
Maka, wajar sekali kempen antimerokok diperhebatkan. Semoga rakyat kita bebas aktiviti merokok.

No comments:

Post a Comment