Thursday 2 February 2023

KETUPAT PALAS TIGA BUCU SEJUK BEKU

 
Di Kelantan terkenal ketupat palas tiga bucu (ketupat) yang menjadi hidangan terutama ketika sambutan hari raya. Tidak meriah hari raya tanpa ketupat dan tapai pulut.
 
Kini ada pengusaha ketupat menjadikan ia sejuk beku. Dibuat sepanjang tahun dan dipasarkan seluruh Kelantan dan luar Kelantan.
 
Ketupat sejuk beku sepertimana makanan sejuk beku lain boleh disimpan lama dan mudah disiapkan untuk persediaan sebelum dihidangkan.
 
Hanya perlu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama kira-kira 12 minit dengan kepanasan 190 darjah. Selepas itu siap untuk dihidangkan yang mana rasanya macam baharu dibuat.

No comments:

Post a Comment