Ikan kitang atau nama saintifiknya Scatophagus argus. Ikan
ini banyak di perairan Malaysia dan serta senang ditemui. Kitang juga dikatakan
boleh ditemui di perairan Semenanjung Arab, Samoa, Tonga, Fiji, Selatan Jepun,
India dan Bangladesh. Ikan ini hidup subur di perairan tropika yang hangat.
Ciri-ciri fizikal ikan kitang atau juga dikenali dengan nama
kendang adalah bentuk badannya yang leper melebar berwarna hijau kekuningan
yang lazimnya lebih terserlah ketika kecil.
Badan bertompok-tompok hitam bulat hampir serata badan.
Juvernil berwarna hijau kekuningan dan berubah kepada hijau gelap apabila
meningkat pembesaran. Ikan kitang ini boleh membesar sehingga 38 centimeter panjangnya.
Antara kelebihan ikan ini adalah ia tidak bersisik tetapi
memiliki kulit yang kesat serta keras. Sirip dorsal dan sirip pelvik adalah
keras dan tajam.
Duri-duri yang terdapat di atas dan bawah badan mempunyai
bisa seperti ikan duri. Mangsa akan merasa panas atau pedih apabila tercucuk
duri atau sengat ikan ini. Jadi berhati-hati ketika menangkap ikan ini.
Habitat kitang adalah gemar bermain di kawasan permukaan
air. Mudah dijumpai di kawasan muara dan sungai terutama di tepian sangkar
ikan, kelong, tiang jambatan dan objek-objek terapung lama termasuklah bot atau
tongkang yang berlumut di bawahnya. Kawasan berkenaan menyediakan sumber
makanan iaitu algae, lumut, rumpai serta krutesia kecil.
Ikan kitang adalah omnivor, memakan pelbagai jenis makanan,
termasuk alga, invertebrata kecil dan detritus. Mereka memainkan peranan
penting dalam ekosistem dengan membantu mengekalkan keseimbangan alga dan
mikroorganisma lain.
Ikan kitang secara amnya tidak mengganggu ikan lain, tetapi
boleh menjadi agrasif terutamanya semasa musim pembiakan. Mereka cenderung
untuk berenang dalam kumpulan, yang membantu berasa lebih selamat daripada
pemangsa.
Ikan kitang semakin mendapat permintaan di kalangan
penggemarnya. Di kalangan pemancing muara sungai atau tepi pantai, mendapat
ikan kitang dikira satu kegembiraan berganda.
No comments:
Post a Comment