Pengguna
jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga
RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.
Perbuatan
itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh
diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pelaku
yang mengulangi kesalahan sama akan berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau
penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.
Mungkin mereka yang berbuat demikian
berasakan ia adalah perkara kecil, tetapi secara tidak langsung menyumbang
kepada pencemaran Bumi yang semakin hari semakin dihimpit pelbagai kekotoran
termasuk bahan kimia dari kilang, karbon monoksida daripada asap kenderaan dan
sebagainya.
Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa
orang tetap melakukannya dan tidak bolehkah mereka memasukkan sampah ke dalam
beg plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah ketika berhenti di kawasan
disediakan di sepanjang jalan atau lebuh raya.
Mungkin bagi mereka yang sering melakukan
perbuatan tidak bermoral itu beranggapan ia sesuatu yang normal. Mereka fikir
jika tidak melakukannya, orang lain pasti membuat perkara serupa.
Tahukah mereka sikap tidak bertanggungjawab
itu memberi kesan negatif bukan sahaja kepada alam sekitar, malahan kepada
anak-anak yang pasti mengikut perbuatan ibu bapa mereka apabila dewasa nanti.
Ini kerana, terdapat kanak-kanak yang
membuang sampah ke luar tingkap setelah mereka ‘diajar’ oleh orang tua mereka
agar tidak menyimpan sampah di dalam kenderaan, tetapi mencampakkannya sahaja
keluar.
Sikap ini akan berterusan sehingga mereka
sendiri mempunyai anak-anak dan mewarisi tingkah laku sama.
Sampah ringan jika dibuang akan
berterbangan dan terkena cermin hadapan kenderaan di belakang. Ini amat
berbahaya, lebih-lebih lagi jika ‘mendarat’ pada muka penunggang motosikal.
Islam mengajar kebersihan itu sebahagian
daripada iman. Jadilah warganegara yang lebih
bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata-rata.
No comments:
Post a Comment