Wednesday 20 December 2017

Khasiat belut kuatkan daya tahan badan

Dahulu jarang orang makan belut. Jika memancing atau tahan 'taut', memang sakit hati jika dapat belut. Biasanya mata pancing tidak boleh digunakan kerana sukar untuk dicabut dari mulut belut yang menelannya jauh ke dalam. Belut itu akan dibuang begitu sahaja.

Namun, sekarang belut semakin digemari. Macam-macam menu belut disediakan di restoran.

Disebabkan permintaan terhadap belut tinggi, maka harganya juga meningkat. Bahkan bekalan sukar didapati.  

Belut hidup di bendang dan sungai atau kolam. Sekarang belut dipelihara secara komersial bagi memastikan bekalan dapat disediakan berterusan mengikut kehendak pelanggan.

Belut liar atau belut sawah biasanya ditangkap menggunakan 'tukil' yang diperbuat daripada buluh atau sekarang ini mudah menggunakan batang paip.

Belut atau Monopterus albus diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia  juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Daging belut mengandungi sodium, protein, asid lemak tak tepu, omega-3,pelbagai jenis vitamin, kalsium, zat besi, magnesium dan zink.

Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.

No comments:

Post a Comment