Wednesday 20 December 2017

CARA TANGKAP BELUT GUNA TUKIL

Belut ditangkap menggunakan tukil. Jarang orang guna pancing untuk menangkap belut. Tukil tradisional menggunakan buluh. Sekarang ini tukil telah direvolusikan mengikut kesesuaian zaman. Kini, buluh digantikan dengan paip PVC. 

Tukil menggunakan paip PVC lebih ringan berbanding buluh. Ia juga lebih tahan lama iaitu boleh mencapai ketahanan selama hampir 10 tahun, berbanding dua tahun sekiranya menggunakan buluh.

Umpan diletakkan di dalam tukil untuk menarik perhatian belut masuk ke dalamnya. Jenis umpan mengikut kreativiti masing-masing. Biasanya umpan dibuat menggunakan ikan rebus mahupun ikan mentah. Ada juga menggunakan usus lembu.

Tukil diletakkan di kawasan diyakini ada belut. Belut yang masuk di dalam tukil terperangkap dan tidak dapat keluar.

Belut sawah lebih diminati berbanding yang dipelihara.

Dahulu jarang orang makan belut. Namun, sekarang belut semakin digemari. Macam-macam menu belut disediakan di restoran.

Disebabkan permintaan terhadap belut tinggi, maka harganya juga meningkat. Bahkan bekalan sukar didapati. 

No comments:

Post a Comment