Friday 1 June 2018

KEBAIKAN SAHUR

Rahsia kesihatan dalam puasa Ramadan adalah bersahur. Jangan tinggalkan bersahur kerana jika kita tidak bersahur kita akan terlalu letih dan cenderung untuk makan berlebih-lebihan ketika berbuka. Makanlah makanan yang sihat ketika bersahur dan lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran serta lauk-lauk berprotein tinggi.

Sahur amat digalakkan hingga ada ulama berpendapat ia hampir wajib. Yang paling utama, bersahur akan memberikan keberkatan dalam ibadah puasa yang kita laksanakan sebagaimana hadis Nabi SAW.

Rasulullah SAW bersabda: "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (Hadis Riwayat Bukhari) 

Bersahur juga membezakan puasa orang Islam dengan puasa agama lain. Dengan bersahur sempurna ia akan membekalkan tenaga secukupnya untuk kita berpuasa hingga matahari terbenam.

Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)

"Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (Hadis Riwayat-Tirmizi)

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya  Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment