Thursday 14 January 2021

MAKSUD TELAGA BUTA

Terdapat beberapa istilah dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan ‘buta’  seperti Cina buta, cinta buta, buta hati, telaga buta dan sebagainya. Definisi buta ialah tidak dapat melihat, tidak berkeupayaan dan tidak ada.

Bagi maksud telaga buta ialah telah yang tidak digunakan lagi untuk mendapatkan air. Dalam filem Pendekar Bujang Lapok, ada babak membuang sampah di dalam telaga. Telaga itu menjadi tempat membuang sampah kerana tidak digunakan lagi untuk mengambil air. Jadi, telaga itu dinamakan telaga buta.

Telaga buta juga merujuk kepada telaga yang tidak dapat lagi dilihat kerana berada dalam semak atau bahagian atas telah ditutupi dengan sesuatu. Sebab itu banyak kes orang terjatuh di dalam telaga buta.

Sekarang ini banyak telaga di kampung kini berstatus telaga buta kerana tidak lagi digunakan setelah mendapat bekalan air bersih dari syarikat pembekal air bersih melalui sistem paip.

No comments:

Post a Comment