Friday, 17 September 2021

DAPATKAN MAKLUMAT LOKASI SEBELUM HIKING

 
Kembara berjalan kaki atau lebih disebut ‘hiking’ semakin menjadi pilihan aktiviti luar di kalangan penduduk negara kita. Biasanya hiking yang dilakukan merentas kawasan hutan dan mendaki bukit.

Biarpun hiking tidak memerlukan kemahiran dan peralatan khas seperti mendaki gunung, soal kekuatan fizikal perlu diberi perhatian.

Hiking memang bersifat santai, tetapi ada juga laluan atau trek yang mencabar memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

Jadi, jika ingin melakukan hiking ke kawasan baharu, pastikan mendapat maklumat berkaitan laluan itu dari segi jarak, ketinggian dan kesukaran yang perlu ditempuh.

Hal ini amat penting bagi mereka yang hanya jarang-jarang sekali melakukan hiking atau telah lama tidak melakukan aktiviti tersebut.

Ini bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melakukannya.

Amat buruk kesannya jika melakukan hiking tanpa persediaan, lebih-lebih lagi jika melibatkan kecederaan atau tidak berupaya untuk meneruskan hiking.

No comments:

Post a Comment