Sunday, 26 September 2021

KERABU BUNGA KACANG PANTAI

 
Satu jenis pokok kacang yang tumbuh menjalar di kawasn berpasir atau tepi pantai dikenali dengan nama kacang katok (mengikut nama penduduk di Tanjung Tokong, Pulau Pinang) atau secara umumnya dikenali dengan nama kacang pantai.

Kacang pantai atau nama saintifik canavalia rosea daripada keluarga canavalia sp.

Pokok kacang pantai atau dipanggil juga kacang laut tumbuh menjalar sehingga beberapa meter jauhnya dari akar. Batang muda lembut dan menjadi keras apabila tua.

Daunya agak tebal sesuai tumbuh di kawasan pantai.

Bahagian pokok yang boleh dimanfaatkan ialah bunga dan buah yang masih muda.

Bunga dan buah kacang pantai sesuai dijadikan kerabu. Kerabu bunga kacang pantai memang sedap. Ia menjadi hidangan masyarakat yang tinggal di kawasan pantai.

Cara mana hendak buat kerabu kacang pantai, sama juga dengan resipi kerabu lain. Bezanya hanya bahan iaitu bunga kacang pantai.


No comments:

Post a Comment