Islam
secara hakiki tidak pernah melarang untuk seseorang atau sesiapa sahaja hidup
mewah, namun syaratnya biarlah dengan cara dan jalan yang betul iaitu menerusi sumber
pendapatan yang dianggap syarie.
Berhutang
juga diharuskan, tetapi perlulah berusaha untuk membayarnya daripada sumber
pendapatan yang halal meskipun memerlukan jangka masa yang lama.
Jangan
sesekali mengambil jalan pintas untuk melangsaikan hutang dengan rasuah dan
melakukan kes pecah amanah.
Islam
juga membolehkan seseorang itu memiliki jawatan tinggi atau naik pangkat,
tetapi biar ia mengikut saluran yang betul dan atas kemampuan serta kelayakan
sendiri. Elakkan naik pangkat dengan saluran salah, melalui rasuah dan
penyalahgunaan kuasa.
Islam
memandang serius isu integriti dan atas sebab itu, kerajaan diberi hak (takzir)
dalam melaksanakan hukuman ke atas pesalah rasuah.
Ini
termasuklah melaksanakan hukuman seperti didenda, penjara, sebatan mengikut
had, merampas harta dan buang negeri.
Abdullah
bin Amru meriwayatkan bahawa Nabi SAW melaknati pemberi dan pemakan rasuah.
Justeru,
bagi memastikan integriti dijulang dan konsep kejujuran dipertahankan, setiap
daripada kita perlu kepada penekanan beberapa perkara.
Benteng
paling ampuh dalam menegakkan integriti dan amanah ialah dengan benar-benar
memahami serta berpegang teguh kepada ajaran agama.
Masyarakat
juga perlu berusaha membina akhlak dan komuniti dengan mengamalkan konsep 'At
Tanasuh' iaitu tegur-menegur demi kebaikan.
Dalam
pada itu, mewujudkan 'biah solehah' iaitu suasana masyarakat sekeliling yang
suka kepada agama dan kebaikan serta penguatkuasaan undang-udang bagi mencegah
pecah amanah dan korupsi, antara usaha penyelesaian ketirisan integriti.
Dalam
sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Akan
tiba pada manusia tahun yang penuh dengan pembohongan, saat itu orang yang
berbohong dianggap jujur, orang jujur dianggapnya bohong, pengkhianat
dianggapnya amanah dan orang yang amanah dianggapnya khianat.
Ketika
itu Ruwaibidhah pun berbicara, lantas seorang bertanya: siapakah Ruwaibidhah?
Nabi menjawab: Iaitu orang bodoh yang menguruskan urusan umum.
Kesimpulannya,
konsep kerja sebagai ibadah berteraskan keredaan Allah SWT amat penting kerana
ia akan membentuk landasan pematuhan kepada halal dan haram, sekali gus
menyedari balasan syurga atau neraka.
Keadaan
ini mendorong setiap Muslim mengamalkan budaya kerja cemerlang dan
berintegriti.
Dalam
masa sama, ia membetulkan institusi keluarga dan masyarakat ke arah penghasilan
akhlak mulia yang menyokong keberhasilan produktiviti tinggi, meningkatkan imej
agama, bangsa dan sesebuah negara.
Gambar: Di puncak Bukit Gua Kambing. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment