Pokok
buah bacang (Mangifera foetida) atau macang yang lebat berbuah pada tahun-tahun
sebelum ini telah menyembah bumi. Memang rugi tidak dapat lagi menikmati buah
bacang yang manis dan lazat.
Pokok
itu rebah menjadi mangsa kerakusan si pencuri kelulut.
Si
pencuri sanggup tebang pokok semata-mata mahu ambil lebah kelulut untuk
dijadikan log kelulut dan ambil madunya.
Perbuatan
tak bertanggung dan mencuri. Hukum halal haram ditolak ketepi demi kejar harga
lumayan jual log dan madu kelulut.
Definisi: ;
mencuri 1 mengambil hak orang dengan tidak setahu atau dengan tidak mendapat
kebenaran orang yang empunya: Orang yang mencuri ayamnya itu telah ditangkap
polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sembunyi-sembunyi:
Dia mencuri-curi melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil
mencuri: Segala rampasan dan curiannya disimpan di dalam sebuah gua. kecurian 1
kehilangan (harta benda dan lain-lain) kerana dicuri: Baginda telah kecurian
tujuh buah peti yang berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: kejadian
mencuri menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri.
pencuri orang yang mencuri: pencuri itu telah ditangkap polis. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua)
No comments:
Post a Comment