Negeri
Sabah terkenal destinasi pelancongan. Selain keindahan pulau dan laut, Sabah
juga kaya dengan keindahan hutan dan kawasan tanah tinggi.
Ranau
antara daerah atau kawasan sangat terkenal dengan bentuk muka buminya yang
berbukit-bukau. Dan juga dikenali sebagai pengeluar sayur-sayuran tanah tinggi
yang terbesar di sekitar Sabah.
Salah
satu daya tarikan di daerah Ranau ialah Kolam Air Panas Poring. Kolam Air Panas
Poring terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Ranau.
Kolam
Air Panas Poring telah lama dikenali di kalangan penduduk. Tempat tersebut
pertama kali telah dibangunkan sebagai tempat istirehat oleh tentera Jepun
ketika menakluk Sabah pada zaman Perang Dunia Kedua.
Memandangkan
ia berpotensi menarik ramai pengunjung ke Ranau khasnya dan Sabah amnya,
kerajaan Sabah telah mengambil insentif membangunkan Kolam Air Panas Poring dengan
lebih sistematik pada awal tahun 60 an dan telah dibuka secara rasmi kepada
orang ramai pada tahun 1966.
Telaga
air panas yang terdapat di situ merupakan mata air semulajadi yang terbentuk
oleh aktiviti gunung berapi yang kurang aktif jauh di dalam perut bumi.
Wap
panas dari perut bumi kehilangan sebahagian habanya ketika bergerak naik
kepermukaan bumi melalui rekahan gunung berapi. Wap itu mengembang apabila
sampai berhampiran permukaan bumi dan kemudian bertukar menjadi cecair dan
seterusnya membentuk mata air.
Tapak
kawasan Kolam Air Panas terletak di tanah rendah dan anda boleh memilih untuk
berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup.
Air
panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan
mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh. Apatah lagi bagi para
pendaki yang baru turun dari puncak Kinabalu.
Air
panas di Poring bersuhu di antara 49 hingga 60 darjah Calsius. Ia kaya dengan
kandungan sulfur yang dipercayai sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit
kulit.
Kehangatan
air mineral di sini sudah tentu melenyapkan segala penat lelah. Kolam air panas
ini sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Pelbagai kemudahan
yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Tak kira dewasa mahupun
kanak-kanak.
Untuk
kemudahan pengunjung ke Kolam Air Panas Poring mandi air panas dengan selesa,
tempat mandi khas disediakan. Air di dalam kolam tersebut boleh diimbangi
suhunya mengikut kesesuaian dengan mencampur air sejuk dari gunung.
Terdapat
kolam-kolam kecil yang menyediakan air panas. Jika anda mahu privasi, terdapat
tempat mandi tertutup tetapi dikenakan bayaran yang lain.
Selain
kolam mandi air panas, terdapat juga kolam air sejuk untuk kanak-kanak mandi
manda. Airnya yang disalurkan terus dari gunung berasa sejuk, bersih dan
jernih.
Di
Poring, anda boleh juga bersiar-siar di taman kupu-kupu atau melakukan aktiviti
yang lebih mencabar iaitu berjalan di puncak pepohon hutan dipterokap di atas
Jambatan Kanopi yang bergantung pada ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8
meter.
Pemandangan
ke bawah dari puncak pohon Menggaris atau Raja Kayu sukar digambarkan. Para
pelawat harus mengalaminya sendiri bagi merasai debaran dan kepuasan yang
dikecapi berada di celah pucuk pepohon tertinggi.
Berkunjung
ke Kolam Air Panas Poring khasnya dan pekan Ranau amnya, pastinya meninggalkan
kenangan yang menarik.
No comments:
Post a Comment