Sunday 13 February 2022

PENDUDUK LELAKI LEBIH BANYAK DI MALAYSIA

 
Seramai 52.3 peratus penduduk di Malaysia ialah lelaki, manakala 47.7 peratus ialah wanita, dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Putrajaya, di mana 100 wanita bersamaan dengan 96 lelaki.

Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik Cina (23.2 peratus), India ( 6.7 peratus) dan lain-lain ( 0.7 peratus).

Kumpulan penduduk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas direkodkan sebanyak 3.4 juta atau 10.4 peratus daripada keseluruhan penduduk dalam rekod Banci Malaysia 2020.

Jumlah itu meningkat berbanding pada tahun 2010 yang mencatatkan 2.2 juta penduduk atau 8 peratus.

Umur muda telah menunjukkan penurunan daripada 27.6 peratus pada 2010 kepada 24.0 peratus pada 2020.

Penemuan Banci 2020 akan dijadikan tanda aras baharu untuk kerajaan menggariskan dasar yang berkaitan dalam pembangunan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, akan dapat memberikan input yang menyeluruh dalam pelaksanaan dasar sedia ada seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan (SDGs).

No comments:

Post a Comment