Wednesday 2 February 2022

CARI SEBAB MENGAPA KAWAN TINGGALKAN KITA

 
Jauhkan sikap bersangka buruk terhadap kawan. Kawan tetap kawan selama-lamanya. Tidak perlu diungkit perkara lama. Hadapi hal baharu dengan cara lain mengikut apa yang sesuai.

Kawan tinggalkan kita mungkin salah kita. Kawan tidak lagi mahu bersama kita mungkin berpunca daripada kita. Kawan menjauhkan dari kita tentu ada sebabnya.

Jangan mudah salahkan orang. Muhasabah diri sendiri. Hisab diri sendiri dengan hati yang tulus. Buang sikap prejudis.

Jika kita pernah menolong orang, jangan suka mengungkit. Kita fikirkan yang baik-baik. Perbuatan mengungkit akan menghapuskan perasaan sebelum ini. Sayang mungkin bertukar menjadi benci. Kawan bertukar menjadi musuh.

No comments:

Post a Comment