Monday 19 December 2022

Tragedi kepada air rempuh Jeram Mengaji

 
Banjir 2022 memang memberi kesan kepada kebanyakan tempat di seluruh Kelantan, termasuk di kawasan yang biasanya tidak pernah berlaku banjir.
Termsuk yang terkesan ialah kawasan Jeram Mengaji yang terkena rempuhan fenomena kepala air menyebabkan kebanyakan fasilitinya musnah.
Kemudahan infrastruktur yang rosak termasuk tempat berkelah, bangku dan pondok yang dibangunkan Jeram Mengaji Agro Resort dihanyutkan arus deras dalam kejadian tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pada hari kejadian tiada pengunjung yang beriadah dan menginap di resort berkenaan.
Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak Jeram Me­ngaji dijadikan lokasi peranginan di negeri ini pada 2005.
Gambar – Torek Sulong

No comments:

Post a Comment