Tuesday 27 December 2022

BENTUK LIMAU JEBO MACAM BOTOL

 
Limau bali sunkist vietnam atau green orange semakin banyak ditanam di negara kita. Selain ditanam di atas tanah, ia juga sesuai ditanam di dalam pasu.
 
Istimewa limau jenis ini selain manis, buah dia ada dua bentuk iaitu bulat dan satu lagi ialah berjambul. Bentuk bulat kulit dia tidak setebal macam yang berkulit berjambul.
 
Dalam dialek Kelantan, yang bentuk berjambul dipanggil lemau jebur atau jebo. Dinamakan limau jebo disebabkan bentuknya seperti jebo. Jebo dalam dialek Kelantan adalah botol. Bagaimanapun tidak semua botol dipanggil jebo. 
 
Botol yang dipanggil jebo lebih merujuk kepada jenis botol yang bahagian bawahnya besar dan atasnya kecil. Contohnya botol minuman, botol kicap dan botol cuka. 
 
Lihat bentuk limau jebo. Bentuknya besar di bawah dan kecil di bahagian atas atau berhampiran tangkai. Sedangkan kebanyakan limau adalah dalam bentuk bulat.

No comments:

Post a Comment