Friday 6 January 2023

BANYAK SEBAB MENGAPA ANDA PERLU SENYUM

 
Senyuman adalah tanda kebahagiaan. Kebanyakan orang akan mengembangkan senyum ketika merasa bahagia dan mengerutkan muka ketika sedih.
 
Tersenyum memang suatu perkara yang dilihat mudah untuk dilakukan, tetapi tidak semua orang dapat melakukannya. Namun, apa juga salahnya untuk mencuba lebih kerap senyum.
 
Tetaplah tersenyum, kerana hidup adalah perkara yang indah. Sebenarnya banyak perkara dalam kehidupan seharian yang membuatkan kita tersenyum, biarpun ada kalanya datang perkara tidak disenangi. Namun, tidak salah kita terus tersenyum.
 
Ingatlah, senyum adalah cara termudah membuat orang lain bahagia. Orang lain bahagian, kita juga akan bahagia. Punca bahagia adalah apa yang ada di sekeliling kita. Untuk mewujudkan keadaan sekeliling kelihatan bahagia, kita yang dahulu mulakan senyum dan apabila lebih banyak orang tersenyum, kita juga akan bahagia.
 
Sesungguhnya, satu senyuman tulus lebih dapat meninggalkan kesan yang dalam dari pada deretan kata yang sama sekali tidak berguna. Senyumlah, tidak perlu berkata apa-apa. Mudah, tetapi kesannya besar.
 
Yakinlah, bahawa senyum yang diberikan menunjukkan adanya keinginan untuk berkongsi kebahagiaan, rasa peduli dan bersahabat.
 
Mengapa tidak mahu senyum sedangkan ia adalah percuma, tetapi kesannya amat berharga.
 
Orang lain mempunyai tanggapan berbeza terhadap kita. Jika kamu ingin terlihat lebih baik, maka tersenyumlah.
 
Senyum bukan hanya simbol kebahagiaan, tetapi juga merupakan simbol kekuatan. Senyumlah, kerana ia menampakkan anda kuat dan pastinya apa yang orang nampak itu akan menjadi kenyataan untuk diri anda.

No comments:

Post a Comment