Wednesday 9 October 2024

TIGA JENIS OTAK MANUSIA.

 
Manusia ada tiga jenis otak yang berfungsi bersama iaitu otak reptilia, otak mamalia dan otak kecerdikan. Ketiga-tiga jenis otak ini berfungsi serentak membantu kehidupan manusia dengan baik.
 
Otak reptilia berfungsi untuk naluri, otak mamalia untuk emosi, dan otak kecerdikan untuk pemikiran logik.
 
Contohnya, bila kita rasa takut secara tiba-tiba, itu otak reptilia kita bertindak untuk lindungi kita. Bila kita rasa sayang kepada keluarga, itu otak mamalia kita bekerja. Bila membuat keputusan bijak, otak kecerdikan tolong fikirkan.
 
Otak reptilia - Ini adalah bahagian otak yang paling asas dan primitif. Ia mengawal fungsi asas seperti kelangsungan hidup dan reaksi automatik. Contohnya, apabila kita terkejut atau takut, kita mungkin bertindak balas secara spontan tanpa berfikir panjang. Otak reptilia ini bertindak untuk memastikan kita selamat.
 
Otak mamalia. Otak ini berkaitan dengan emosi dan ikatan sosial. Ia mempengaruhi bagaimana kita merasakan perasaan seperti kasih sayang dan kegembiraan. Sebagai contoh, apabila kita berada bersama keluarga, kita rasa selesa dan tenang. Inilah otak mamalia yang mengawal perasaan kita dan hubungan sosial dengan orang lain.
 
Otak kecerdikan (Neocortex). Bahagian ini lebih moden dan bertanggungjawab untuk pemikiran rasional, kreativiti, dan perancangan masa depan. Sebagai contoh, apabila kita membuat keputusan besar seperti memilih kerjaya, kita menggunakan otak kecerdikan ini untuk berfikir secara logik dan membuat keputusan bijak.

No comments:

Post a Comment