Pengarah Belanjawan Cawangan Sumber Manusia
(CSM), Kolonel Zulkifle bin Hashim menyerahkan tugas kepada Leftenan Kolonel
Muhsin bin Harun dalam satu majlis yang disaksikan oleh Asisten Ketua Staf
Sumber Manusia (AKS SM), Mejar Jeneral Dato' Norsham bin Md Tap yang berlansung
di Bilik Mesyuarat Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat pada 16
Disember 2024.
Zulkifle akan bertukar keluar dan menjawat
jawatan sebagai Pengarah Belanjawan di Cawangan Perancangan dan Pembangunan
(P&P). Manakalah Muhsin bertukar masuk dari senarai tugas luar pasukan yang
baru menamatkan kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.
Tahniah kepada kedua-dua pegawai yang telah
diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan baru masing-masing. Semoga dengan
amanah yang dipertanggungjawabkan ini, organisasi TDM akan terus dimercu
kecemerlangan pada masa hadapan.
Gambar - Zulkifle (kiri), Muhsin (kanan)
No comments:
Post a Comment