Azam adalah kemahuan yang sangat kuat. Azam
juga berkaitan dengan tujuan yang bersungguh-sungguh.
Maka, azam untuk menjadi berani, kuat dan
berkuasa mesti lahir daripada kesedaran yang jitu terhadap perubahan. Sebarang
kelemahan diatasi dengan membina dan mengukuhkan azam sedikit demi sedikit
supaya lahir keyakinan untuk bertindak.
Kekuatan tidak hadir secara mendadak dan
terus mencapai kejayaan. Kita perlu berusaha secara berterusan dan mendapat
kejayaan yang memberi keyakinan semakin tinggi. Sekiranya kegagalan yang
terpaksa ditempuh, ia akan lebih memberi kekuatan pada diri.
Kegagalan adalah guru yang akan menunjukkan
jalan kepada kejayaan lebih berharga selagi kita tidak berputus asa dan terus
berazam untuk mencapai apa yang diingini.
Masa menanam azam, sudah tentu motivasi
untuk mencapainya berada pada tahap tertinggi. Tetapi, apabila ada halangan
atau masa berlalu, ia akan menurun. Jadi, untuk mengatasi masalah itu, motivasi
yang menurun itu perlu ditingkatkan semula dengan menanam dan menyuburkan azam
sepanjang masa.
Azam dan semangat adalah seperti ombak dari
tengah lautan luas yang sepanjang perjalanan menuju pantai ada turun naiknya,
tetapi tetap diteruskan sehingga mencapai puncak tertinggi apabila sampai
menghempas pantai.
No comments:
Post a Comment