Thursday, 20 February 2025

BALANG TERMOS, AIR KEKAL SEJUK ATAU PANAS

 

Termos adalah sejenis balang untuk menyimpan air agar kekal sejak atau panas. Pada masa dahulu, termos memang banyak digunakan di rumah untuk menyimpan air yang dipanaskan agar kekal panas dan tidak perlu dipanaskan setiap kali ingin membuat air kopi atau air teh.

Termos juga digunakan untuk menyimpan air kopi atau air teh yang masih panas untuk dibawa ke kebun, diminum ketika rehat dalam keadaan masih panas dan mengekalkan aromanya.
 
Sekarang kegunaan termos semakin jarang kerana sudah ada balang pemanas air yang tersedia panas sepanjang masa. Begitu juga pelbagai jenis penapis air yang tersedia air panas dan air sejuk.
 
Pun begitu, termos kecil sekarang ini semakin banyak digunakan untuk menyimpan air sejuk mahupun panas untuk dibawa ke mana-mana seperti ke pejabat, sekolah, bekelah dan aktiviti luar.
 
Ia menjimatkan belanja tanpa perlu membeli air di luar. Membawa air di dalam termos juga menjamin kebersihan air yang disediakan sendiri di rumah. Bahkan, ia boleh mengikut cita rasa sendiri.
 
Selain itu, ia boleh diminum bila-bila masa dan penyimpanan yang selamat tanpa tumpah atau bocor jika membeli air yang dimasukkan ke dalam bekas plastik. 


No comments:

Post a Comment