
Kampung guna nama "kemunting". Kampung
Teluk Kemunting terletak di Tawang, Bachok, Kelantan. Asal nama kampung ini
adalah dipercayai di kawasan tersebut banyak terdapat pokok kemunting.
Biarpun
jumlah pokok kemunting semakin berkurangan di kampung tersebut, namanya kekal sebagai
Kampung Teluk Kemunting.
Sebenarnya
banyak tempat dinamakan dengan ‘kemunting’. Nama kemunting paling terkenal
ialah Kemunting, Perak. Kampung Kemunting juga ada di Kulim, Kedah.
Kampung
Dalam Kemunting pula terdapat di Pasir Putih, Kelantan. Di Tanah Merah, Kelantan ada nama Kampung Banggol Kemunting.
Di Bintulu, Sarawak
juga ada nama Kampung Kemunting. Nama Kampung Padang Kemunting ada di
Terengganu dan Melaka.
Sebenarnya
banyak lagi tempat dinamakan kemunting. Apa sebenarnya nama kemunting?
Kemunting
(Rhodomyrtus tomentosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Myrtaceae
yang tumbuh di kawasan tropika dari negara India, Sri Lanka, China dan kawasan
Asia Tenggara.
Kemunting
menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh
dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. Buah
yang masih muda rasanya kelat.
Biasanya, buah yang terhasil daripada pokok yang ditanam lebih manis berbanding
dengan pokok yang tumbuh liar.
Pokok
kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu
tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi.
Pokok
Kemunting boleh ditanam dengan menggunakan biji, secara tut atau boleh gunakan
keratan ranting. Buah yang masak mengandungi biji yang mudah bercambah.
Pokok yang ditanam menggunakan biji akan berbuah selepas 3 tahun dtanam,
berbanding dengan pokok kemunting yang ditanam dengan cara tut atau keratan
yang akan berbuah dalam masa setahun sahaja.
Batang
kemunting mampu mencapai tinggi dua meter. Kayunya sangat keras.
Pokok kemunting sesuai dijadikan tumbuhan hiasan. Bunganya yang berwarna merah
muda dengan benang sari menawan, layak dijadikan tanaman di halaman rumah.
Buah
muda berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna ungu atau ungu
tua atau hitam apabila masak. Permukaan buah kemunting yang telah masak seperti
berkabut. Setelah bahagian kepalanya dibuang, maka kemunting siap dimakan
bersama kulit-kulitnya.
Isinya
berwarna merah kuat dan rasanya manis. Buah kemunting masak mengandungi air,
gula, vitamin dan juga mineral. Isi buah seperti anggur, hanya terasa lebih
berserat. Bahagian daunnya mengandungi bahan tanin yang tinggi yang
berguna.
No comments:
Post a Comment