Wednesday 20 December 2017

PELBAGAI KEGUNAAN TUKIL

Tukil adalah sejenis alatan dibuat daripada buluh yang digunakan untuk menadah air nira atau air tuak. Buluh dipotong di mana satu bahagian ada lubang dan satu lagi 'ditutup' bahagian antara ruas.

Muka tukil diletakkan di hujung mayang kelapa yang telah dipotong untuk menadah nira yang menitik.

Tukil juga digunakan untuk menyimpan barang-barang lain yang muat dimasukkan ke dalam lubang buluh. Biasanya pada masa dahulu geran tanah dan surat perjanjian disimpan di dalam tukil untuk mengelak dimakan anai-anai dan tikus.

Tukil juga sejenis alat untuk memerangkap belut. Belut masuk di dalam tukil yang diletakkan umpan. Belut akan terperangkap di situ.

Kalau dahulu tukil 'mesti' diperbuat menggunakan buluh. Namun, sekarang ini tukil dibuat menggunakan PVC dan setengahnya menggunakan botol plastik untuk menadah tuak.

Dalam dialek Kelantan ada istilah 'bodoh macam tukil' atau 'jangan jadi macam tukil' yang bermaksud jangan menerima apa saja pendapat atau kata-kata orang lain. Ia juga bermaksud jangan ikut membabi buta apa saja orang suruh. 

Pada masa dahulu ada fesyen seluar "kaki tukil" di kalangan pelajar lelaki sekolah menangah. Fesyen kaki tukil jenis sendat dan ketat ukuran paras lutut. Ketika itu pelajar lelaki memakai seluar pendek 

Fesyen kaki tukil ukuran kecil macam tukil, tetapi lebih labuh berbanding yang biasa. Fesyen yang tidak diluluskan pihak sekolah. Jadi, pelajar yang pakai kaki tukil akan dipotong seluarnya. 



No comments:

Post a Comment