Monday 22 January 2018

CABARAN PARTI POLITIK BARU

Penglibatan dalam politik perlu berani. Terlebih berani, sedia untuk dikeji dan gagal. Orang politik kena buat kerja 'gila' dan muka tebal.

Lebih-lebih lagi jika terlibat dalam parti politik baru. Banyak halangan dan persiapan mental perlu dibuat. Parti baru masih tidak lengkap dalam serba serbi dalam pentadbiran dan keahlian.

Sesiapa berada dalam parti baru perlu bersedia untuk ditolak. Orang masih tidak yakin dan membuat pelbagai andaian.

Cabaran terbesar dalam menarik sokongan adalah risiko penolakan atau rejection. Tidak semua yang terus bersetuju dengan perjuangan yang ingin diadakan.  

Tetapi ada juga orang berminat menyertai parti baru kerana mempunyai peluang untuk terus ditawarkan jawatan dalam parti. Mereka berpeluang mendapat jawatan setaraf dengan parti lain yang sesuatu sukar untuk dicapai.

Mereka berpeluang mencipta nasib untuk menjadi calon dalam PRU. Soal menang kalah tidak dijadikan pertimbangan.

Bertanding atas tiket parti mana-mana pun tidak menjamin kemenangan. Jadi, apa salahnya mencuba dengan parti baru.

Ada juga memilih parti baru kerana sesuai dengan naluri perjuangan. Parti sedia ada ditinggalkan kerana telah dirasakan lari dari asas perjuangan sebelumnya.

Dalam sistem negara mengamalkan demokrasi, sesiapa juga boleh memilih parti mana ingin disertai. Namun, perlu buat pertimbangan, adakah lebih banyak parti ditubuhkan, maka iklim politik menjadi lebih baik?

Jangan hanya syok sendiri dan untuk kepentingan pihak tertentu. Berjuanglah demi agama bangsa dan negara.

Ambil pengajaran pepatah 'memang sorak kampung tergadai' atau 'menang jadi arang kalah jadi abu'.

No comments:

Post a Comment