Wednesday, 31 January 2018

KHASIAT UBI JAGA UNTUK KESIHATAN LELAKI


Ubi jaga herba tradisional kaya khasiat dan banyak kebaikan. Ubi jaga tumbuh liar di hutan Malaysia mempunyai batang mudah lentur. Daun ubi jaga berwarna hijau gelap dipermukaan dan hijau muda di bawah daun. Ubi jaga tidak memerlukan cahaya matahari yang terik untuk tumbesaran. Dalam keadaan semulajadi, ubi jaga tubuh di kawasan hutan yang redup.

Sebab itu, jika menanam ubi jaga perlu diletakkan di bawah teduhan. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Ubi jaga digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk menguatkan tenaga lelaki. Ia juga dijadikan tonik umum untuk meningkatkan metabolisme badan dan kekuatan fizikal
.
Ubi jaga akan membantu meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki semua peringkat umur untuk menikmati seks lebih kerap dan lebih tahan lama.

Manfaat ini juga termasuk kesan penstabilan mood, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan peningkatan tahap tenaga. Ini pasti akan menyumbang untuk prestasi yang hebat di ranjang.

Sains perubatan kini mula menyedari khasiat dan kebaikan herba ini. Usaha untuk menanam ubi jaga secara komersilkan ubi jaga giat diusahakan.  

No comments:

Post a Comment