Tuesday 13 February 2018

PERBEZAAN IKLAN PERNIAGAAN DENGAN JANJI POLITIK

Buat iklan mesti kreatif. Beri tawaran terbaik untuk menarik perhatian pelanggan. Ayat atau gambar yang digunakan untuk dijadikan iklan mesti boleh mempengaruhi pelanggan untuk mempercayainya.
Pelanggan akan percaya itu tawaran yang betul dan akan mendapat seperti apa yang ditawarkan. Tetapi, yang pasti dia sendiri tidak akan merebut tawaran itu. Tidak sanggup kerana ada resikonya.
Berlainan dengan janji politik. Dari sudut kreatif itu sama untuk menarik sokongan pengundi. Ayat atau gambar yang digunakan untuk dijadikan janji politik mesti boleh mempengaruhi pengundi untuk mempercayainya.
Yang bezanya, ahli politik bijak berjanji tetapi tidak mesti bijak menunaikannya. Orang politik mesti bijak menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri atau partinya tidak melakukan seperti dijanjikan.
Orang politik berjanji banyak kali dan banyak kali tidak menunaikan, tetapi kerana taasub pengundi tetap mempercayainya.
Orang politik berjanji nak buat itu dan ini biarpun tahu tidak mampu melakukan. Orang politik boleh kata itu dan ini yang boleh disesuaikan untuk kepentingan politik masing-masing.
Jadi, berhati-hati dengan iklan dan janji orang politik. 

No comments:

Post a Comment