Tuesday, 13 February 2018

KUASA BELI TINGGI BUKTI EKONOMI KUKUH


Kuasa beli rakyat Malaysia berada pada tahap tinggi. Mereka ada wang untuk berbelanja dan memenuhi kehendak hati. Pasar raya baharu berstatus mega banyak dibuka. 

Itu tidak termasuk pasar raya dibina dipekan-pekan kecil. Sekarang, pengguna tidak perlu pergi jauh untuk mendapat barang keperluan.

Restoran mewah dibina di mana-mana.  Macam-macam menu kegemaran sama ada tradisional mahupun dari luar negara. Restoran makanan segera kini terpancak di mana-mana sahaja, termasuk di pekan kecil.

Perniagan atas talian kini jadi trend pengguna. Di pejabat pos penuh dengan peniaga atas talian menghantar barang masing-masing. Syarikat besar yang mengadakan kempen jualan atas talian mendapat tempahan hingga berbilion ringgit.

Setiap tahun ratusan ribu rakyat Malaysia pergi umrah. Itu tidak termasuk yang pergi melancong ke luar negara.

Tidak jadi perkara pelik lagi jika ada pasangan yang merancang perkahwinan pergi ke luar negara untuk membeli peralatan persiapan majlis perkahwinan. Itu belum berbulan madu lepas berkahwin.

Sekarang ini majlis perkahwinan dilangsungkan di hotel dan dewan yang serba serbi diuruskan pihak lain. Keluarga pengantin hanya pilih tema dan menu. Tungguh bayar aje.

Kereta mewah dan motosikal mewah banyak menjalar di jalan raya. Sekarang ini timbul pula riadah berbasikal yang disertai pelbagai peringkat umur. Basikal yang digunakan bukan setakat harga satu atau dua ribu ringgit, tetapi banyak yang membeli basikal berharga berbelas ribu ringgit yang digunakan hanya sekali sekala.

Itu semua tanda kuasa beli rakyat Malaysia besar. Rakyat Malaysia berduit dan mampu membeli barang keperluan harian dan yang berharga mewah.

Kalau ada rangkaian pasar raya mengalami penurunan pembeli, itu bukan bermakna rakyat tiada wang, tetapi pesaing lain lagi hebat dan dapat menarik minat pelanggan ke tempat mereka.

Jadi, kepada peniaga yang mengalamai penurunan jualan mahupun yang kena tutup kedai, jangan salahkan ekonomi. Belajarlah untuk mengurus perniagaan lebih baik dan bagaimana untuk mengurus pesaing.

Keadaan ekonomi Malaysia terus berkembang dan kuasa beli rakyat Malaysia masih tinggi. Muktamat.

No comments:

Post a Comment