Saturday, 13 June 2020

CARA PENYEDIAAN MEMASAK SUP BELULANG KULIT LEMBU

Kita sudah biasa dengan sup perut, sup tulang dan sup ekor. Rupanya ada satu lagi bahagian lembu yang boleh dibuat sup iaitu kulit lembut atau belulang lembu.

Bagaimana resipi sup kulit lembu? Rempah dan cara membuatnya sama sahaja dengan jenis sup lain. Bezanya dengan menggunakan kulit lembu yang telah diproses.

Belulang lembu memang jarang dijadikan makanan di Malaysia. Namun, ia telah popular di Indonesia. Di negara berkenaan, belulang lembu diproses untuk digulai, dibuat sup dan buat keropok.

Cara memproses kulit lembu memang rumit, tetapi demi untuk mendapatkan kulit lembu yang membolehkan ia dibuat sup, ramai yang sanggup melakukannya.


Perkara pertama dilakukan adalah untuk membuang bulu yang terdapat di belulang lembu. Ada dua keadah dilakukan.

Pertama ialah membakar bulu (sekadar layur atau lalukan api) pada bahagian bulu. Kemudian dikikis menggunakan pisau atau alat pengikis. Dilakukan berulang kali sehingga habis bulu dibuangkan.

Cara kedua ialah rebus kulit belulang itu dan kemudian kikis bulunya.

Sama ada bakar akau rebus, kedua-duanya cara (setelah dihilangkan bulu) perlu diteruskan sehingga kulit belulang itu empuk atau lembut.

Setelah empuk atau lembut, baharu kulit lembu itu boleh dimasak untuk membuat sup atau resipi lain mengikut cita rasa masing-masing.

Sup kulit lembu memang mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang unik dan berbeza daripada bahagian lembu yang lain. Namun diakui bukan mudah untuk mendapat stok belulang lembu yang telah siap diproses.

Sebab itu, jika ada kulit lembu yang telah siap diproses dan direbus, pasti ramai yang berebut membelinya.

Selamat mencuba menikmati sup belulang kulit lembu.

No comments:

Post a Comment