Monday 31 August 2020

Apa maksud ice kosong panas?

Carian dalam perkataan Melayu untuk ‘ice’ tidak dijumpai. Jika ditaip untuk carian dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, ia adalah merujuk kepada ‘ais’ dalam bahasa Melayu. Ais dalam bahasa Melayu adalah ‘air batu’

Air batu adalah air sejuk yang membeku atau air yang lebih sejuk dari suhu bilik hasil proses penyejukan.

Dengan kata lain, ‘ice’ boleh dirujuk sebagai air batu atau air sejuk.

Jadi, tentu sekali tidak tepat jika ditulis ‘ice kosong panas’ kerana ‘ice’ bukan jenis yang panas. Kalau sudah panas, maka tidak lagi menjadi ‘ice’.

Perkataan yang sepatutnya ialah ‘air kosong panas’.

Semoga kecuaian seperti ini tidak berlaku lagi. Jangan pandang mudah kerana ia satu pencemaran bahasa atau jahil bahasa. 

 

No comments:

Post a Comment