Friday 18 June 2021

MAKSUD 'CRUSH' MINAT DALAM DIAM

Maksud 'crush'. Generasi muda sering mengungkap perkataan ‘crush’. Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan 'crush' itu? 

Maksud 'crush' ialah seseorang yang diminati atau disayangi secara rahsia, yakni individu yang dimaksudkan 'cursh' itu tidak mengetahui ada individu yang meminati dan tertarik kepadanya.

Bila kita sebut 'crush', fenomena 'crush' bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada 'crush' takkan berhenti sampai sini. Individu ada 'crush' membawa kepada fenomina yang sukar difahami.

Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…

'Crush' itu lumrah dalam kehidupan remaja. Ada yang sekadar satu perasaan yang lahir secara tiba-tiba dan mungkin juga akan hilang begitu sahaja untuk tempoh masa tertentu. 

Namun, ada yang parah sehingga mengambil masa bertahun-tahun yang hanya terpendam di dalam hati.

Mengapa mesti terus menjadikan seseorang sebagai 'crush'? Mengapa perlu memendam rasa dan tidak mahu berterus terang? Meminati dan mencintai seseorang itu bukan satu kesalahan.

Keberanian perlu ada untuk memberitahu atau berterus terang. Kalau tiada keberanian, tidak kisahlah apapun alasan, elok lupakan sahaja. Jangan bebankan perasaan dan minda kepada 'crush' yang anda sendiri tidak berani untuk menyatakan kebenarannya.

Jika tiada keberanian untuk berterus-terang, bermakna ada tidak akan ada peluang. Kalau begitu, elok lupakan sahaja rasa sayang dan kasih itu.

Hidup bukan berasaskan kepada fantasi tetapi realiti. Hidup satu perlumbaan dan berebut peluang. Siapa tiada keyakinan diri, dia  telah kalah sebelum masuk medan.

Kalau ada 'crush'... beranikan diri untuk berterus-terang. Tukarkan 'crush' kepada kekasih yang nyata. 

Kalau sudah berterus-terang dan keinginan anda ditolak, maka terimalah kenyataan. Dia bukan untuk anda dan tidak perlu lagi dijadikan dia 'crush'.

No comments:

Post a Comment