Buah bidara yang terdapat di pasaran biasanya dalam bentuk segar. Rasa bidara enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau.
Namun
ada juga bidara dalam bentuk yang telah dikeringkan. Buah bidara kering
juga dikenali kurma merah di kalangan penduduk Kelantan (mungkin juga
di tempat lain) atau kurma cina.
Buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa amal makan secara berterusan.
Ianya
berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kandungan vitamin C di
dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal. Buah bidara
juga adalah sumber terbaik karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak.
Buah
bidara kering boleh dimakan terus atau direbus dengan campuran beberapa
bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk, kundur, biji lotus
dan sebagainya untuk dijadikan laici kang.
Kalau tanpa campuran bahan lain pun sudah memadai buah bidara kering sahaja. Ia amat baik untuk menyejukkan badan.
Buah
bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan. Buah bidara
juga boleh dibuat makanan bertepung, mentega atau pes seperti cheese dan
digunakan sebagai perasa.
Rebus kurma merah dan minum airnya setiap malam untuk mendapatkan kulit halus kemerahan.
Ianya juga digunakan untuk membuat gula-gula dan jeruk.
No comments:
Post a Comment