Tuesday 30 November 2021

BELALANG DAUN BERSAIZ BESAR

 
Belalang sejenis serangga berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Makanan utama belalang ialah daun muda. Belalang dianggap sebagai serangga perosak kepada tanaman. Serangan belalang dalam jumlah yang banyak mendatangkan kerugian besar kepada petani.

Belalang banyak jenis. Ada orang panggil belalang perah, belalang rusa, belalang padi, belalang kunyit, belalang sudu senung, belalang pelesit, belalang hijau, mentadak, mentadu, cengkadak, belalang mak dara, belalang dewa dan belalang kerek. Itu semua panggilan dalam dialek Kelantan. Nama di tempat lain mungkin berbeza.

Belalang yang gambarnya di atas itu dinamakan belalang daun. Itu nama yang ambo panggil. Mungkin nama di tempat lain berbeza.

Belalang daun kebanyakan berwarna hijau. Ini yang berwarna coklat.

Belalang daun menjadikan daun sebagai makanan utama. Dinamakan belalang daun bukan kerana ia suka makan daun. Sebenarnya, semua jenis belalang makan daun.

Dinamakan belalang daun kerana bentuk sayapnya seakan-akan daun. Belalang daun adalah jenis yang lebih besar berbanding belalang jenis lain.

Belalang daun dikatakan paling gemar makan daun pokok nangka. Kalau dalam jumlah yang banyak, boleh merosakkan pokok nangka dan mengurangkan hasil pengeluaran buah.

No comments:

Post a Comment