Wednesday 22 December 2021

GAMBAR PEMIMPIN DIBUANG DALAM TONG SAMPAH

 
Dalam protokal meletak gambar pemimpin, ia perlu diletakkan di tempat yang tinggi yang boleh dan mudah dilihat. 

Jika ada beberapa gambar pemimpin, maka ia perlu disusun atau diletakkan mengikut susunan kekananan jawatan. 

Gambar Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja mesti diletakkan lebih tinggi berbanding dengan gambar pemimpin lain.

Malang sekali jika pemimpin sendiri yang meletakkan gambarnya ditempat yang tidak sepatutnya. Melekatkan atau mencetak gambar pemimpin di kotak bukan satu tindakan yang bijak.

Kotak itu pastinya akan dibuang ke dalam tong sampah. Mungkin juga dijadikan alas tempat duduk, dipihak dan sebagainya.

Betapa hinanya pemimpin tersebut yang gambarnya tidak dihormati, samalah diri dia sendiri tidak dihormati.

No comments:

Post a Comment