Friday 7 January 2022

CABARAN HIKING BUKIT MAK LIPAH, MELOR

 
Peminat kembara berjalan kaki (hiking) akan mencari lokasi baharu untuk melakukan aktiviti yang semakin diminati ramai.

Aktiviti hiking tidak lagi dianggap hanya sesuai untuk orang berfizikal gagah, tetapi turut disertai kebanyakan orang, termasuk di kalangan kanak-kanak yang ditemani ibu bapa atau orang dewasa.

Salah satu kawasan hiking yang dianggap baharu di Kelantan ialah di Bukit Mak Lipah, Melor. Ada juga orang menyebutnya Bukit Mok Lipoh.

Kawasan Bukit Mak Lipah adalah ada aktiviti pengambilan tanah bukit untuk dibawa ke kawasan lain. Jadi, di kawasan ini ada jalan lori, yang setengahnya tidak digunakan lagi. Jadi, kawasan ini kerap juga dijadikan lokasi mereka yang minat berbasikal bukit.

Puncak tertinggi Bukit Mak Lipah ialah 269 meter dari aras laut. Ketinggian itu dianggap sesuai untuk hiking santai.

Tidak banyak maklumat yang boleh dikongsi di sini kerana ia lokasi yang masih baharu.

Diharapkan ia menjadi lokasi hiking yang popular pada masa hadapan.

Gambar: FB MK Leng

Gambar: FB Linda Liew

No comments:

Post a Comment