Friday 21 January 2022

CARA HENDAK SIHAT BERAT BADAN IDEAL

Cara hendak sihat dan dapatkan berat badan yang ideal. Pertama kena kurangkan atau buangkan dahulu minuman dan makanan manis dan makanan ringan.

Antara minuman yang perlu dijauhkan ialah minuman pracampuran 3 dalam 1. Minuman pracampuran mengandungi banyak gula yang membahayakan kesihatan.

Ada orang kata kalau kita bancuh 3 dalam1 tapi letak air banyak banyak, mesti kurang manis dan kuranglah gula.

Itu cara tidak betul. Memang rasa manisnya kurang, tetapi kandungan gula tetap sama. Letak air banyak pun, kandungan gula tetap sama banyak.

Melainkan jika anda kurangkan kuantiti. Maksudnya, letak separuh atau suku uncang dan kemudian masukkan air.

Atau, boleh saja nak buat satu uncang dengan dicampurkan banyak air untuk diminum pagi, tengah hari, petang dan malam. Maksudnya, sekali buat tetapi untuk tiga atau empat kali minum.

Ketagih gula sama sahaja seperti ketagihan lain. Sukar untuk dihentikan. Jadi, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mengurangkan pengambilan gula.

Ianya boleh dihentikan jika kita sendiri mahu berhenti. Janganlah terus kata tak boleh. Insya-Allah boleh.

Kawal pengambilan gula kita setiap hari. Jangan salahkan makanan atau minuman. Salahkan diri sendiri.

Sebab semua makanan dan minuman, kita sendiri yang bancuh, buat dan telan.

No comments:

Post a Comment