Roti
canai atau roti prata ialah roti jenis leper yang berbentuk
bulat yang dapat dijumpai di beberapa negara Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai
makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam.
Sering
kali dimakan bersama kuah dal, kari dan sambal ikan bilis. Ada juga yang
mencicah dengan gula.
Penggunaan
perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah
hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan
dan menebar doh roti.
Ada
juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari
jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada
versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan
ramai pencanai roti ini kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran
orang India di Tanah Melayu pada era penjajahan Inggeris.
Roti
canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti
prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
Asalnya
penyedia roti canai di kalangan orang India, terutama dari kalangan Mamak. Namun
sekarang ini banyak orang Melayu kini menjadi penebar roti canai. Bahkan,
sekarang ini banyak pengusaha roti canai segera adalah dari kalangan orang
Melayu yang mengusahakan perindustri kecil dan sederhana.
Menariknya,
orang Melayu turut mempelajari cara penyedian dengan pelbagai resepi
tersendiri. Maka wujudlah pelbagai nama yang khusus untuk setiap jenis resipi
roti canai itu.
Antara
nama roti canai yang semakin terkenal:
-
Roti telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
-
Roti sardin, dicampurkan dengan sardin bersama sos tomato dan diletak bawang
yang didadukan.
-
Roti telur bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawangmerah yang
banyak.
-
Roti pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
-
Roti bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat
bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran
dan canai, adalah sama dengan roti canai.
-
Roti planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan
nama planta di belakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang
popular di Malaysia.
-
Roti petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum,
penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai
yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai (berbentuk bulat), telah
siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
-
Roti banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan
kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
-
Roti cotek, roti canai yang telah siap dan dipecahkan sebiji telur tanpa digaul
atau dikacau.
No comments:
Post a Comment