Ikan gemang dan ikan sembilang. Banyak orang keliru antara ikan gemang dengan
ikan sembilang. Nampak macam lebih kurang, sebab kedua-duanya ikan bermisai dan
termasuk dalam kumpulan ikan sembilang (genus Plotosus).
Ada pendapat mengatakan kalau ukuran kecil dinamakan ikan
sembilang. Manakala ikan sembilang bersaiz besar pula dipanggil ikan gemang. Tidak
dinyatakan pula berapa berat atau ukuran tertentu untuk mengubah status ikan
sembilang menjadi ikan gemang. Ia begitu subjektif.
Dengan kata lain, ikan gemang mungkin dipanggil ikan
sembilang dan begitulah sebaliknya di tempat-tempat tertentu atau oleh individu
berlainan.
Sebenarnya, nama panggilan di tempat tertentu tidak menjadi
penentu nama sebenar ikan berkenaan.
Ini kerana hakikat sebenar kedua-duanya berbeza bukan hanya
pada ukuran semata-mata. Ikan gemang biasanya mempunyai kepala yang lebih
besar, lebar dan agak leper, dengan mulut yang nampak lebih besar. Bentuk
kepala dia juga nampak lebih bulat dan tegap.
Manakala ikan sembilang pula kebiasaannya mempunyai kepala
yang lebih kecil dan bentuk badan yang lebih memanjang, dengan warna badan
cenderung lebih gelap.
Kalau berdasarkan kepada pendapat di atas, gambar menunjukkan ikan di bahagian atas adalah ikan sembilan dan yang berada di bawah pula ikan gemang.
Jadi, kalau hendak kenal, jangan tengok nama saja. Kena tengok
juga bentuk kepala, mulut, badan dan ciri fizikal ikan tersebut. Namun dari sudut taksonomi, ia merujuk kepada genus yang
sama iaitu Plotosus. Kedua-dua spesies ini hidup di laut atau kawasan air payau yang mempunyai pengruh air masim.
Pun begitu, perkara ini tidak perlu diperdebatkan. Sama ada nama ikan sembilang mahupun ikan gemang, rasanya sedap dan banyak peminatnya. Ada yang sanggup menahan lapar dan mencari restoran menyajikan ikan sembilang semata-mata ingin menikmati keenakan dan keunikan rasanya.
Kredit pemilik gambar.






.jpg)










.jpg)










