Negara Tuvalu terletak di tengah Lautan Pasifik, di antara
Australia dan Hawaii. Negara ini dahulunya dikenali sebagai Kepulauan
Ellice. Negara ini terdiri daripada tiga pulau terumbu dan enam buah pulau
cincin. Keluasannya sekitar 26 kilometer persegi menjadikan negara dengan
penduduk sekitar 11,500 orang itu adalah negara keempat terkecil di dunia.
Nama Tuvalu bermaksud "lapan" iaitu merujuk kepada
lapan buah pulau asal yang ditemui dan diduduki manusia yang mula mendarat di
situ. Kepulauan ini dipercayai telah didiami sejak ribuan tahun lalu berdasarkan
tinggalan unggun api yang ditemui dalam gua-gua ditenggelamkan laut berdekatan Pulau
Nanumanga.
Asal-usul pelayar yang mendatangi kepulauan ini berdasarkan
kepada sejarah lisan, mereka datang dari Samoa dan Tonga.
Bahasa rasmi Tuvalu ialah bahasa Tuvalu dan bahasa Inggeris.
Secara asasnya, bahasa Tuvalu dituturi oleh semua penduduk Tuvalu, dan
digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan Parlimen. Radio Tuvalu, radio milik
kerajaan negara turut menyiarkan siaran dalam bahasa ini.
Terdapat lapangan terbang yang menghubungkan negara ini
dengan negara luar, selain menggunakan jalan laut.
Majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan dan petani serta
peternak. Banyak sumber makanan diimport dari luar untuk menjamin bekalan
mekanan mencukupi.
Pentadbiran kerajaan terletak di kawasan yang dikenali
sebagai Funafuti Atoll. Satu pertiga rakyat Tuvalu menetapkan di kawasan ini.
Tuvalu menemui sumber pendapatan
unik melalui domain internet iaitu "tv". Domain ini diminati oleh
platform penstriman dan syarikat berkaitan televisyen.
Negara ini mendapat hasil yang agak lumayan apabila sebuah
syarikat yang bernama DotTV membeli hak tanda nama "tv"dari negara tersebut. Melalui
hasil tersebut, kerajaan Tuvalu berjaya menyediakan bekalan elektrik yang lebih
baik di pulau berhampiran.
No comments:
Post a Comment