Sunday 3 November 2019

BOKBONG CAFE RANTAU PANJANG

Ada sejenis haiwan dipanggil bakbong. Budak-budak sangat takut kepada bokbong walaupun tidak pernah melihatnya.

Nama bokbong sebenarnya dialek Kelantan. Nama di Kedah dipanggil bambun dan di Pulau Pinang pula dipanggil jebon.

Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.

Nama bokbong dalam Kamus Dewan dipanggil cerpelai atau mongoose dalam bahasa Inggeris. Ia sejenis haiwan daripada jenis musang, Herpestes spp.

Haiwan ini digambarkan haiwan sangat lincah dan licik. Kepantasan gerak tangan (kaki hadapan) membuatkan ia mampu menewaskan ular tedung. 

Namun, ada satu cafe atau restoran yang dinamakan dengan nama bokbong.

Bokbong Cafe di Rantau Panjang pastinya tidak menakutkan kanak-kanak dan tentunya orang dewasa turut menyukainya.

Bokbong Cafe menyediakan pelbagai menu pilihan ramai.

No comments:

Post a Comment