Wednesday 18 December 2019

JAGUNG KACUKAN MANIS MADU

Jagung makanan kegemaran ramai. Boleh dimakan rebus, bakar, buat bubur dan sebagainya. Jagung juga dijadikan bahan makanan haiwan ternakan.

Jagung berasal Amerika Tengah. Di negara-negara berkenaan jagung diusahakan secara besar-besaran sebagai tanaman penting bagi menghasilkan biji jagung untuk kegunaan makanan ternakan.

Jagung merupakan tanaman jangka pendek dan singkat di mana tempoh tanaman dan tuaian sekitar 68 hingga 72 hari sahaja.

Jagung adalah dari keluarga Zea dan dari spesis Zea may spp Mexicana. Kebanyakkan benih jagung yang ditanam di Malaysia adalah jenis kacukan atau hybrid dari varieti mas madu, manis madu dan Thai Superweet.

Satu pokok jagung boleh menghasil 2 atau 3 tongkol jagung yang diselaputi helaian lapisan daun berwarna hijau dan di hujung pangkal tongkol jagung mempunyai rerambut halus yang berwarna coklat kekuningan.

Jagung mudah ditanam termasuk di kawasan tanah gambut, tanah sawah, tanah beris dan tanah mineral. Malah untuk sebagai hobi, jagung boleh ditanam di dalam pasu. Akar jagung jenis serabut tidak menjalar jauh menjadikan ia sesuai ditanam di dalam pasu. 

No comments:

Post a Comment