Pidato
boleh didefinasikan sebagai seni pengucapan dan ungkapan fikiran di khalayak
umum dengan memakai bahasa yang indah untuk memikat dan memukau audiens untuk
terus mendengar apa yang diperkatakan.
Pidato
dan pengucapan adalah tunggak kepada lahirnya sebuah masyarakat yang
berkeyakinan, bertrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea
berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.
Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan minda agar menjadikan sesutu bangsa itu bertrampilan dan berjaya. Kewibawaan diri dapat ditonjolkan dek kerana keyakinan dan kepetahan meluahkan bait perkataaan yang memukau pendengaran dan minda di hadapan khalayak ramai. Ianya berdasarkan prinsip fatonah (kebijaksanaan), amanah (kejujuran), tabligh (menyampaikan) dan siddiq (kebenaran) serta ukhwah (pertalian). Maka pidato yang diperjuangkan di sini sangatlah berkesan di dalam era masa kini.
Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai di kalangan kita masih menganggap kebolehan ini satu keistemewaan warisan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Mempelajari ilmu pidato itu bukanlah suatu kemahuan tetapi merupakan suatu perkara penting di abad ini. Seperkara yang berteraskan kemahuan tidak bertahan lama namun suatu perkara yang berteraskan keperluan akan terus kekal.
Sesiapa
yang ingin menjadi pemimpin perlu mahir berpidato. Pemimpin bukan sahaja merujuk
kepada pemimpin negara seperti perdana menteri dan menteri semata-mata. Sebaliknya,
pemimpin juga merujuk kepada individu yang ada pengikut, pekerja atau ahli di bawah
kepimpinannya.
Kemahiran
berpidato kepada pemimpin bukan bermakna mereka perlu berpidato dengan bersemangat,
bersuara lantang dan tegas, tetapi elemen penting ialah bagaimana mereka menyampaikan
arahan, pendapat dan komunikasi secara berkesan.
Pemidato yang baik bukan dilahirkan, sebaliknya ia melalui proses yang berterusan. Kemahiran pidato boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan serta bimbingan dari pemidato yang terlatih dalam bidang ini.
Kesimpulannya setiap induvidu yang normal boleh berpidato sekiranya diberi peluang mengenali dan mempelajari kemahiran tersebut secara terperinci dan bersistematik.
Pemidato yang baik bukan dilahirkan, sebaliknya ia melalui proses yang berterusan. Kemahiran pidato boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan serta bimbingan dari pemidato yang terlatih dalam bidang ini.
Kesimpulannya setiap induvidu yang normal boleh berpidato sekiranya diberi peluang mengenali dan mempelajari kemahiran tersebut secara terperinci dan bersistematik.
Setiap
orang perlu mengambil peluang untuk mempelajari atau mencuba sesuatu aktiviti yang
dinamakan pidato. Jangan peduli atau kisah jika pada permulaan ia tidak layak dipanggil
pidato. Biarlah pada permulaan ia hanya lebih layak dipanggil membaca. Tiada siapa
yang sempurna pada setiap kali permulaan.
No comments:
Post a Comment