Pulau Sipadan terletak berhampiran dengan
Semporna, Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di
Malaysia yang terbentuk daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari
dasar laut.
Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia atau dipanggil tuntutan bertindih terhadap satu kawasan oleh dua buah negara. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Filipina telah memohon untuk campur tangan dalam prosiding itu atas dasar tuntutannya ke atas Borneo Utara, tetapi permintaannya ditolak oleh mahkamah pada awal tahun 2001.
Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003.
Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia ternyata kecewa dengan keputusan tersebut, tetapi terpaksa menerimanya.
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan hidupan laut lain. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam seperti Barracuda Point, Gua Penyu, Coral Gardens Drop Off, North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung, Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah, Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
Kini Pulau Sipadan ditadbir dan dilindungi oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia dan telah diisytiharkan sebagai ‘Taman Pulau Sipadan’ pada 1 Oktober 2009. Kedua-dua Pejabat Daerah Semporna dan Pihak Berkuasa Taman-Taman Sabah kini mentadbir pulau ini.
Mulai 1 April 2008, hanya 120 penyelam dibenarkan sehari di Sipadan. Permit dikeluarkan oleh Taman-Taman Sabah dan setiap resort diberikan kuota harian.
Malah, pengunjung harus beredar dari Pulau Sipadan pada pukul 6 petang atau lebih awal. Peraturan ini diadakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan dilakukan terhadap kebersihan pulau dan keselamatan hidupan marin.
Asal usul nama pulau ini diambil daripada perkataan Melayu dan Indonesia iaitu (pulau adalah perkataan Melayu dan Indonesia adalah island) bermaksud ‘pulau sempadan’.
Teori paling popular, dan sudah pasti yang paling mengerikan, ialah bahawa pulau itu dinamakan sempena si Paran, seorang pengumpul telur yang mayatnya ditemui di pulau itu pada suatu masa dahulu. Awalnya ia adalah gelaran hormat dalam bahasa Melayu yang digunakan untuk menunjukkan hormat atau kasih sayang, dan pulau itu dikenali sebagai ‘Pulau si Paran’, lalu menjadi Pulau Sipadan.

No comments:
Post a Comment