Friday 7 February 2020

RESTORAN D'LIMAU NIPIS BANGI

D’Limau Nipis Restoran Bandar Baru Bangi menyediakan masakan Melayu tradisional dan ikan bakar segar dimulakan dengan sarapan jam 7.00 pagi dengan nasi lemak dibungkus daun pisang, aneka kuih muih dan nasi berlauk. 

Pada jam 10:00 pagi mulai dihidangkan makanan tengah hari cita rasa ala kampung dengan lauk pauk nasi campur, pelbagai ulaman segar juga aneka sambal dan ikan/sotong segar bakar.

Mulai jam 4.00 petang lauk pauk nasi campur (kecuali ikan bakar) dijual pada harga diskaun 50% dan operasi perniagaan berakhir jam 5.30 petang.

Keistimewaan D'Limau Nipis ialah sentiasa menyajikan ulaman segar, ikan segar serta lauk pauk dengan cita rasa yang memuaskan hati pelanggan.

201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650 Bangi, Malaysia
013-235 0003

No comments:

Post a Comment