Wednesday 17 February 2021

KEBAIKAN DIET UBI KELEDEK

Ubi keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi stelo antara jenis tanaman yang banyak ditanama di Malaysia. Ubi keledek berasal dari Amerika dan kini banyak ditanam di kawasan tropika, subtropika dan di kawasan yang bercuaca panas.

Ubi keledek atau di Indonesia lebih terkenal dengan nama ubi jalar kerana sifatnya yang tumbuh menjalar terdapat banyak varieti yang membezakan warna kulit dan warna isi. Warna kulit ubi ada jenis putih, kuning, coklat, merah dan ungu manakala isinya ada berwarna oren, kuning dan ungu.

Ubi keledek boleh direbus, digoreng, dipanggang dan dibakar. Isinya boleh digunakan sebagai ramuan pelbagai kuih muih seperti keria, pai, inti karipap dan lain-lain.

Selain itu ubi keledek boleh dibuat sayur dicampur bersama sayuran lain. Paling terkenal sayur ubi stelo dicampur dengan bayam dan pucuk niding. Pucuk ubi keledek juga boleh dibuat sayur, selain dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

Ubi keledek mengandungi air dan karbohidrat kompleks dalam bentuk kanji dan gula. Oleh sebab itu keledek sangat sesuai untuk pengamal diet sebagai pengganti nasi kerana boleh membekalkan tenaga seharian.

Justeru, ubi keledek bukan sekadar dimakan untuk hidangan petang bersama air kopi panas, tetapi juga sesuai dimakan pada waktu lain menggantikan nasi.

Pada waktu dahulu, ubi keledek rebus selalu dijadikan bekal untuk petani melakukan kerja ladang atau di sawah. Mereka mampu melakukan kerja berat dan berterusan di ladang.

Khasiat ubi keledek lebih baik berbanding ubi kentang.

Antara khasiat ubi keledek ialah kandungan antioksidannya yang tinggi membantu mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.

Ubi keledek dikatakan sangat bagus untuk pesakit jantung kerana ia mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan yang menjadi punca serangan jantung.

Manakala kandungan potassium di dalam ubi keledek juga boleh mengawal degupan jantung dan fungsi saraf selain daripada melegakan pengecutan otot, bengkak dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete