Thursday 8 June 2023

KEGUNAAN HELIKOPTER JENIS KIPAS BAWAH

 
Helikopter adalah sejenis pesawat terbang yang mempunyai baling-baling di atasnya dan boleh turun dan naik secara menegak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 
Tentu sekali agak pelik jika ada yang mengatakan helikopter kipas bawah. Kalau ada yang kipas bawah itu sudah dikategorikan “pesawat” jenis lain.
 
Kalau hendak kenal helikopter kipas bawah, yang di dalam gambar di atas itulah. Kipasnya di bawah dan injin di atas belakang. Ada juga injin berada di bawah. Ikut model dan jenis kuasa.
 
Kerja memotong rumput di halaman rumah selalunya diberikan kepada pekerja sambilan atau kontrak. Mungkin kerana ramai yang tidak tahu proses memotong rumput dan mesin yang diperlukan adalah mudah dan murah sahaja.
 
Kalau ada masa dan peluang untuk melakukan sendiri, elok jika rumput di laman rumah dipotong sendiri. Bukan sahaja jimat, tetapi juga menjadi riadah untuk menyihatkan badan. Boleh dilakukan mengikut masa sendiri dan dalam selang masa kekerapan yang diinginkan.
 
Terdapat pelbagai jenis mesin rumput tahan lasak yang anda boleh dapatkan dari mesin rumput elektrik hingga mesin rumput modern.
 
Setiap mesin potong rumput mempunyai kelebihan dan fungsi tersendiri mengikut kemampuan bajet anda.
 
Jangan risau, walaupun ada harga mesin rumput yang rendah, proses memotong rumput lebih mudah dan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment