Wednesday 10 May 2023

KEISTIMEWAAN "ITIK" BULAN SABIT MERAH

 
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dahulunya dikenali dengan nama Persatuan Palang Merah Malaysia.

Untuk memudahkan atau sebagai aset membantu ketika bencana dan aman, PBSMM pernah memiliki kenderaan Duwk Amphibious Vehicle 2.5 tan 6x6 dual rear axle.
 
Kenderaan model tahun 1942 ini pernah digunakan di kebanyakan negara semasa Perang Dunia Kedua dahulu kerana mempunyai keistimewaan dapat beroperasi di darat dan di air. Sebab itu ia lebih dikenali dengan nama Duck atau Itik.
 
Duck juga mempunyai kelebihan dapat beroperasi di kawasan tahap jalan yang sukar dilalui kerana betuknya yang stabil dan kuasa enjin yang hebat.
 
Duck ini banyak jasanya ketika membantu mangsa banjir di Pahang pada penghujung 1969 dan awal 1970 ketika banjir besar melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung.

No comments:

Post a Comment