Sejarah kopi dijadikan minuman agak unik.
Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi
membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam.
Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok
pelajar. Kopi kemudiannya menjadi kegilaan ramai.
Penyebaran kopi selari dengan penyebaran
Islam. Di mana Islam berkembang, maka di situ ada peminat kopi.
Namun, pada masa sama kesan minum kopi
diperdebatkan oleh sarjana Islam. Ada yang mengatakan haram minum kopi kerana
memberi kesan yang ‘luar biasa’ kepada kesihatan dan rasa ketagih.
Ada yang cuba mengaitkan kopi dengan kesan
minum arak yang diharamkan dalam Islam. Namun pada masa sama, mereka tidak
menemui kesan memabukkan akibat minum kopi. Sedangkan yang ditegah dalam Islam
adalah perkara yang memabukkan.
Maka, tidak ada hukum atau keputusan ulama
untuk mengharamkan kopi, Malah, di sebalik itu, penggemar kopi terus bertambah.
Di kalangan penganut Kristian juga timbul
persoalan hukum berkaitan minum kopi. Paus Celement VIII pernah
mempertimbangkan menghukum amalan minum kopi sebagai bidaah atau tidak baik
untuk penganut Kristian.
Tokoh perubatan dan sains Islam, Ibnu Sina
telah membuat penyelidikan mengenai kesan minum kopi, terutama dari segi
kandungan kimai. Kajian itu ada yang pertama mengenai kopi dari segi perubatan
dan kesihatan.
Sekitar 1400 Masihi, penyebaran kopi dan
pembinaan kedai kopi pesat di Semenajung Arab, terutama di Makkah dan Madinah.
Pada 1453 Masiihi kopi diperkenalkan di
Konstantinopel oleh bangsa Turki. Kedai kopi yang pertama kali tercatat di sana
bernama Kiva Han.
Kini, kopi menjadi minuman masyarakat
seluruh dunia yang paling mendapat sambutan, selain teh.
No comments:
Post a Comment